BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 31, 2009

Boikot!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Korang tgkla video nieh...


Sedarlah wahai sahabat2ku...
Setiap kali antum beli barang israel ibarat antum beli satu peluru untuk membunuh umat islam iaitu saudara kita.. Bayangkan kalau umat islam yg terbunuh tu merupakan ahli keluarga kita? Apa yang kita rase? Sedih kan?

Ana malu jadi umat islam. Antum bace tak kisah Rachel tu? Walaupun dia tu kristian, dia snggup berkorban utk mencari tujuan hidup dia. Tgk kita.. sntiasa sokong Israel dgn membeli barangan Israel. Sedarlah wahai sahabat - sahabatku.. Kite takkan mati klw x beli brg boikot tu. Tapi masalahnye.. kite beli barang boikot, org lain yang mati.. Penduduk palestin hny tinggal brape peratus jer... Dh berpuluh2 thn dieorg dijajah. Sekarang mase kite bertindak! Boikot barangan Israel! Boikot barangan Israel! Allahuakhbar! Sekurang2nye kite doakan dieorg. Ya Allah! Bebaskanlah Palestin dan sahabat2 kami di sana. Peliharalah tanah suci kami daripada musnah.

Saturday, May 30, 2009

Doakan kteorg yekk?

Assalamualaikum semua pembaca blog aeendiya97..
First skali ana nk ucap time kasih byk2 sbb korang visit blog kteorg ni.. We really appreciate it.. Kte org nk mntk maaf byk klw kte org ade wt slh kt korng.. Sama ada kteorg terumpat, terkutuk, terketuk, terhantuk dan mcm2 tuk lagi la.. he3. Kteorg hrp korang boleh doakan kteorg utk dptkn 13A dlm SPPM. Tolong doakan kteorg yekk? Tolong yer.. Please.. InsyaAllah dgn berkat doa korang kteorg akn b'jaye.. Kteorg pon akn doakan korang smua b'jaye sama ada di dunia mahupun di akhirat.. Thanx all..

Friday, May 29, 2009

Palestina tercinta..

( Cerpen didedikasikan khas buat memperingati pembunuhan tragis sukarelawan Amerika, Rachel Aliene Corrie yang mati digilis bulldozer Israel pada 16 Mac 2003 )

* * *


Mama, hari ini genap tiga bulan saya di sini. Saya sudah dapat menyesuaikan diri meskipun keadaan benar-benar di luar jangkaan. Mama, di sempadan ini kematian berlaku setiap hari, hingga ia lebih dianggap biasa daripada kehidupan. Tentera-tentera penjajah mengacukan senjata kepada kami siang dan malam.

Saya kirim foto lagi buat tatapan kalian. Biar ia menceritakan segala. Mama, saya rindukan rumah. Tapi maaf, saya belum mahu pulang. Tanah ini mengajar saya erti syukur dan sederhana. Mama, saya rindukan kalian. Peluk cium saya untuk mama, papa, Allen dan Cody juga salam sayang dari teman-teman saya di sini. Sampai bertemu lagi dengan kasih sayang dan kerinduan.

Anakanda Rachel Rafah, Gaza.


* * *

"Triiit....". Rachel menyambar telefon bimbit, lihat nombor Sidney tertera.

"Hei Rach, kami tunggu awak di rumah Encik Sofwan. Jangan lewat ok".

"Ya Sid, saya datang".

Pagi sudah mula memanas. Kejiranan Bir Naema lengang dan senyap-sunyi. Sebahagian besar rumah di situ telah dimusnahkan oleh tentera Yahudi. Hanya sebahagian kecil yang masih tinggal. Anak-anak mereka yang berkeliaran bermain di celah runtuhan berlari mendekat sebaik melihat kedatangan mereka.

"Hei Rachel, kaif Bush?"

"Bush majnoon", sambut Rachel galak dengan gayanya mengundang tawa kumpulan kanak-kanak itu.

Matahari terik memanah ubun-ubun. Rachel menyeka peluh yang meleleh di dahi. Rambut perangnya diikat kasar sambil mendengar perbualan Matt dan Sean sekali lalu. Will berbaring santai di atas pasir sementara dia dan Sidney masih di mulut perigi, mencabut rumput yang tumbuh meliar.

Itulah kerja mereka saban hari, menjaga sumber air penduduk yang sering menjadi sasaran Yahudi untuk diracun. Dari enam telaga yang ada di kawasan itu, empat daripadanya sudah tidak boleh digunakan. Kini perhatian mereka seratus peratus tertumpu kepada dua telaga yang berada di Bir Naema itu.

Pernah mereka didatangi sekumpulan tentera Yahudi dengan selori pasir mahu menimbus perigi itu. Tetapi akhirnya ketegasan dan diplomasi mereka berjaya menyekat niat si penjajah. Sekumpulan tentera itu pergi begitu sahaja. Yahudi sebenarnya pengecut.

Rachel mengimbas kata-kata Ruqayya, anak perempuan Dr. Nasralla yang menjadi keluarga angkatnya di situ. Ruqayya sering menceritakan pengalamannya berdepan dengan tentera Yahudi. Selalu juga dibacakan kisah-kisah Yahudi di dalam Al-Quran. Penipu, pengkhianat, pembunuh, semua dilihat kebenarannya di depan mata. Kadang-kadang takjubnya sampai membuat dia terfikir bahawa kitab orang Islam itu benar.

"Malam ni kita semua dipanggil berkumpul di pejabat", Sean bersuara menarik perhatian teman-teman.

"Israel akan lancarkan semula operasi 'pembersihan rumah'. Mungkin Nick akan bahagikan kita ikut kawasan jagaan nanti".

Operasi pemusnahan kediaman penduduk di sempadan Rafah berjalan dengan rancak ketika dia mula tiba di Gaza awal tahun itu. Penduduk yang tidak berdaya melawan hanya mampu melihat rumah mereka ranap di depan mata. Namun operasi itu telah berjaya dihentikan sebulan lepas lantaran menerima tentangan hebat kumpulan mereka. Pihak Yahudi yang bersenjatakan bulldozer agam setinggi bangunan dua tingkat alah dengan mereka yang cuma bersenjatakan pembesar suara. Rumah terakhir yang berjaya mereka selamatkan adalah rumah Dr. Nasralla, ayah angkatnya sendiri.

"Saya sudah mengenalpasti beberapa kawasan yang menjadi sasaran utama Israel. Di setiap kawasan ini saya akan letakkan satu kumpulan kecil yang saya sudah bahagikan".

Rachel kembali ke ruangan sederhana luas itu, ibu pejabat rasmi Gerakan Solidariti Antarabangsa cawangan Gaza. Nicholas, ketua mereka yang berbangsa Jerman tegas memberi taklimat di hadapan.

"Dennis, Tom, Hannah dan Rachel, awak semua di Bir Naema".




Bayu malam awal musim bunga dingin menghembus kulit. Rachel bergulung di dalam selimut lusuh memerhatikan Ruqayya, menghayati bacaan Al-Qurannya di tengah kesenyapan malam. Suaranya biasa-biasa tapi cukup menghadirkan perasaan luarbiasa kepada Rachel yang mendengar penuh takjub.

"Kamu belum tidur?"

Terkejut dia disapa Ruqayya yang entah bila menyudahkan bacaan. Si manis tujuh belas itu meniarap di sebelah, membentang buku sekolahnya yang sudah tidak berkulit.

"Rachel, saya masih tak faham. Kenapa kamu datang ke sini?", seperti biasa gadis bijak itu memulakan topik. "Kamu semua hidup selesa di negara masing-masing, apa yang kamu cari lagi di sini?"

Rachel mengerdip mata. Ah, gadis mentah ini...jiwanya terlalu polos! "Kami tak miliki segalanya, Ruqayya...dan di sini kami temui apa yang kami cari"

"Apa yang kamu cari?" "Kemanusiaan". Ruqayya melongo tak mengerti. "Kamu cari kemanusiaan di tempat yang tiada perikemanusiaan ni?"

Rachel senyum dalam samar lilin. Ruqayya bingkas duduk.

"Kamu semua sukarelawan GSA, Kamu berdiri melindungi rumah-rumah kami dengan tangan kosong...kamu sedar tak dengan siapa kamu berhadapan? Kamu tahu tak kamu gila?".

Rachel bangkit perlahan merenung mata Ruqayya yang berkaca. "Ruqayya, kami datang menentang dangan aman. Kami pertaruhkan status 'antarabangsa' kami untuk melindungi bangsa kamu. Bukankah kita semua warga dunia yang perlu saling membantu?"

Ruqayya tunduk. Bahunya terhinggut-hinggut.

"Rachel, kamu orang Kristian...datang dari jauh untuk menyapu airmata kami...sedangkan saudara Islam kami yang dekat menolong musuh untuk menumpahkan darah kami...". Rachel dijentik pilu. Tubuh kurus Ruqayya didakap ke dada. "Rachel, masuklah Islam. Jadilah saudara kami."

Deruman enjin jentolak bergema dibawa angin. Cukup memberi kepastian akan kemaraan tentera Yahudi mahu memusnahkan kediaman penduduk Gaza. Rachel masih di tepi perigi itu, mengulum gundah. Khuatir akan keselamatan rumah keluarga angkatnya di Haiyu Salam yang menjadi sasaran utama. Matanya merenung ke ufuk.

Pagi tadi dia tidak sempat bertemu Ruqayya. Ruqayya sudah ke sekolah ketika dia bangkit dari lena. Mujur dia sempat meninggalkan nota, harap Ruqayya akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan. Kata-kata Ruqayya malam tadi masih berlegar di benak. Masuklah Islam, jadilah saudara kami. Akibatnya dia bermimpi pelik malam tadi.

Mimpi pelik yang indah, dia bertemu bonda Maria yang bertudung litup seperti Ruqayya. Bonda Maria memegang tangannya mesra dan berbisik, "Anakku, Allah cuma satu. Tidak lahir dan tidak melahirkan.". Namun baru hendak memikirkan maksud mimpi itu, panggilan dari Jesse, sukarelawan Kanada membuatnya tersentak.

"Rachel, lekas pulang ke Haiyu Salam. Rumah Dr. Nasralla akan dirobohkan!"

Kejiranan Haiyu Salam heboh. Bunyi dengungan jentolak melantun-lantun di udara. Penduduk mengerumuni rumah Dr. Nasralla melihat para sukarelawan berkumpul menghalang jentolak dari terus mara. Kumpulan sukarelawan yang asalnya berlima mula bertambah. Seorang demi seorang datang bergabung.

"Sila berhenti. Anda tidak berhak memusnahkan harta orang lain", suara Liam, sukarelawan China bergema dari corong pembesar sementara Khaled dan Omar dari Turki mengibar kain rentang gerakan mereka.

Rachel berlari terkocoh-kocoh. Bersyukur dia sempat tiba. Pandangan lantas menerpa wajah Sidney yang berlumur cemas. "Rach, diorang nekad. Seorang remaja dah ditembak. Tak tahulah kali ni dapat selamat ke....."

"Ssyttt...", Rachel menggeleng memotong. Tanpa sepatah kata dia meninggalkan Sidney, segera mendapatkan megafon dari Liam. Darahnya benar-benar mendidih. "Tentera Israel, sila tinggalkan tempat ini. Kami merayu anda, sila berundur sekarang".

Jentolak 300 meter di hadapan mengaum garang. Rachel melambai-lambai saat jentolak itu mara perlahan. "Berhenti! Sila berhenti. Kami dari Gerakan Solidariti Antarabangsa minta anda berhenti sekarang!" Rachel nekad berlutut ke tanah. Tangan didepang ke udara. Hari ini tubuhnya dijadikan perisai. Hannah di belakang memanggil cemas. Begitu juga suara Tom, Will dan teman-teman yang kian tenggelam jauh. Rachel tidak peduli. Yahudi laknat itu sangka cuma mereka ada kehendak?

Ngauman bertukar perlahan. Jentolak berhenti beberapa inci di hadapannya menolak timbunan tanah ke lutut. Rachel bingkas memanjat timbunan itu hingga ke puncak. Jelas dia melihat pemandu jentolak dengan seorang askar Yahudi di dalam kokpit. Tangan dilambai memberi isyarat. "Sila berundur. Kamu faham tak? Berundur sekarang!"





Ruqayya berlari termengah-mengah mendapatkan orang ramai yang mengerumuni rumahnya. Dengan beg sekolah masih di bahu, dia menyusup ke belakang rumah. Terbelalak melihat Rachel di atas timbunan tanah di depan jentolak. Ruqayya menerpa ke tanah lapang tapi segera ditarik Ummu Zainab, jirannya. Jiran-jiran yang lain mula mara mahu mengepung Yahudi-Yahudi itu namun tiba-tiba jentolak bergerak semula melanggar timbunan tanah di depan.

Rachel hilang keseimbangan. Jatuh terbenam. Jentolak bergerak terus. Sidney menjerit haru. Kumpulan aktivis tergamam kaku. Dr. Nasralla menerpa marah. Ruqayya menangis histeria.

Rachel mendengar semuanya sayup-sayup dari bawah jentolak gergasi Caterpillar D9. Dia lihat Bonda Maria dalam mimpinya. Bonda Maria tersenyum manis menghulurkan tangan.

"Anakku, Allah tuhan yang satu. Tidak lahir dan tidak melahirkan. La ilaha illallah."

* * *

Dear Ruqayya, We should be inspired by people like you who show that human beings can be kind, brave, generous, beautiful, strong, even in difficult circumstances. Follow your dreams, believe in yourself and don't give up.

Much love and respect, Rachel from Olympia, Wahington, US.

* * *

Thursday, May 28, 2009

Selamat Hari Ibu..

Sebenarnye, hari ibu bkn hny pada 10 Mei. Tapi hari ibu boleh disambut hari2. Besar sgt pengorbanan ibu utk kite. Dia mengandungkan kite, melahirkan kite, menyusukan kite, mengasuh kite, mendidik kite, mengasihi kite dan lain2 lagi. Korang tau tak, umat islam yang membenci ibu bapa akan menjadi kafir.
Baca nie..
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Tgk.. Betapa besarnye pengorbanan Ibu kite. Fikir2 kanlah..

Teachers Day..

Sorilah... ana takde gmbar utk teachers day.. mase tu kamera ana takde bateri.. so, ana mintak maaf byk2.. K, hari guru kat skolah keorg best sgt. Mcm2 kteorg maen. Muallim kene maen bola jaring ngan banin n banat plak kene maen bola sepak ngan Muallimah. Tergelak kteorg tgk gelagat muallim and muallimah maen. Ye la.. mane taknye masing2 tak tau peraturan maennye. Pastu ade pertandingan buat kad utk hari guru.. Alhamdulillah kteorg dpt jugak menang.. and then, ada persembahan dari guru dan pelajar2. Sebelum ni kte hny dpt tgk pelajar2 yang buat p'sembahan tapi kli ni kteorg tgk plak p'sembahan muallim n muallimah. Smua p'sembahan guru best2 tau.. Tapi klw yg pelajar pny p'sembahan ana ske p'sembahan thn 4. Best sgt! Memukau.. hek3. Ish! Tak baik gelak2 sgt. Gelap hati nnt. Ssh nk trima pelajaran. Hormatilah guru antum dan jaga perasaan mereka. Setitis air mata guru disebabkan kenakalan kite akan membawa padah yang besar. So, ana nasihatkan jgn t'lalu nakal di sekolah. Jadilah pelajar harapan guru2.

SPPM! SPPM!

Argh! SPPM tak lama lagi! SPPM ni peperiksaan besar yang ade kt skolah agama.. ala.. cm UPSR gak ah.. kteorg amik UPSR gak. Spanjang cuti ni.. nampaknye kteorg kene study byk2 ah.. study.. focus for SPPM. Bkk skolah dri cuti ni je nnt, 2 minggu lps tu SPPM. Mendebarkan. Tapi muallimah kteorg kte dieorg lbih b'debar b'banding kteorg. Tkpe ah.. nk gi study nie.. Doakan kteorg dpt 13A dlm SPPM ,k? Thanks all. Kteorg nk mintak maaf klw ade salah dan silap dri hujung rambut hingga ke hujung kaki..

Happy Holiday

Assalamualaikum semua pembaca2 blog aeendiya...
Sihat tak? Mesti tak sabar2 nk gi b'cuti nie. Okeylah. Kami tak nak ganggu percutian korang cume nak ucapkan Happy Holiday to all!!
semoga percutian tahun ini akan menjadi percutian yang paling seronok..